媒体

COVID-19
29/6/21
Isu
Selangor
Negara

Berita Harian: 14 lokaliti dikenakan PKPD mulai Rabu ini

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 14 lokaliti masing-masing di Selangor, Sarawak, Pahang dan Sabah selama 14 hari bermula Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan PKPD di semua lokasi itu berkuat kuasa 30 Jun hingga 13 Julai ini selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM.

"Pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata lokaliti dikenakan PKPD di Selangor adalah di CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang; Taman Murni, Sepang; Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi serta CLQ Johan Setia, Kampung Johan Setia, Klang.

Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.