Inisiatif

Peristiwa
17/9/21
Perayaan
Selangor

Kosmo: Rakyat diminta terus bersatu padu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa agar terus bersatu padu bagi membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam harmoni.

Menerusi entri di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda bertitah Malaysia akan mampu menempuh apa jua dugaan mendatang sekiranya rakyat terus meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan persefahaman.

Baginda juga mahu supaya setiap rakyat berusaha menyemai semangat patriotisme dan sentiasa merasa bangga menjadi rakyat negara Malaysia yang tercinta ini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat di negara ini. -K!ONLINE


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.