措施

Terkini
7/4/21
Isu
Selangor
Bantuan
Belanjawan Selangor 2021

Pakej Kita Selangor - 13 Inisiatif Dalam Pelaksanaan (Dikemaskini 29 Mac 2021)

Pakej Kita Selangor memperkenalkan 12 inisiatif baru beserta 8 inisiatif dilancarkan sewaktu pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang disegerakan pelaksanaannya.

Sebanyak 13 inisiatif kini sedang berlangsung dilaksanakan sejak pembentangan Pakej Kita Selangor pada 20 Januari lepas.

#KitaSelangor

Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk bantuan makanan frontliners dalam Pakej Kita Selangor. Seramai 14,612 frontliners di hospital, Pejabat Kesihatan Daerah serta Sekatan Jalan Raya (SJR) telah pun menerima bantuan makanan sewaktu mereka bertugas dengan perbelanjaan RM1.6 juta setakat ini.

Saringan bersasar diadakan pada setiap minggu dengan peruntukan sebanyak RM6 juta oleh Pakej Kita Selangor mensasarkan 50,000 warga disaring. Sehingga kini, 8,064 telah disaring yang melibatkan RM749,952.

Menerusi Pakej Kita Selangor, inisiatif pengecualian pembayaran sewa telah diulangkan lagi selama 1 bulan dengan tambahan penangguhan 2 bulan sewa untuk penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR). Seramai  2,365 penduduk telah menerima manfaat ini.

Bas Smart Selangor telah digunakan untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang secara percuma bagi mengurangkan beban tenaga kerja dan kewangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan memudahkan para petugas dan pesakit.

Seramai 762 pelajar  penerima pinjaman pelajaran Yayasan Selangor telah selesai dilupuskan pinjaman mereka secara serta merta menerusi Pakej Kita Selangor dengan implikasi kewangan berjumlah RM7.717 juta.

Penangguhan 3 bulan sewa untuk Skim Smart Sewa telah disempurnakan yang memanfaatkan 450 penyewa dengan implikasi kewangan sebanyak RM1 juta.

Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah sempurna berjalan dengan peruntukan RM300 ribu dalam Pakej Kita Selangor. Portal ini merangkumi kelas tuisyen, program sokongan seperti kemahiran belajar atau lebih dikenali sebagai “smart learning” serta Program Pecutan Akhir SPM.

Sebanyak RM1.677 juta telah dibelanjakan untuk pemberian bakul makanan di Projek Perumahan Rakyat yang mensasarkan golongan keluarga pendapatan rendah. Bantuan bakul makanan ini digerakkan di seluruh Selangor dengan kerjasama ahli pentadbiran kawasan tempatan.

Seramai 563 keluarga telah dibantu menerusi Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan. Pakej Kita Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dengan sasaran awal penerima manfaat sekitar 400 sahaja bagi menempatkan anak pusat taska dan pusat jagaan sementara hospital.

Sebanyak RM791 ribu sedang dibelanjakan demi kebajikan pemandu bas dan teksi menerusi pemberian bakul makanan Pakej Kita Selangor.
Bantuan ini diharap dapat melegakan beban mereka yang terputus pendapatan akibat PKP.


Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.