措施

COVID-19
3/8/21
Isu
Selangor
STFC19

POIS dan SelVAX Industri - Pekerja Sihat, Ekonomi Selamat

Dengan had bidang kuasa Kerajaan Negeri, dua inisiatif utama dilaksanakan bagi membantu mengimbangi antara kesihatan dan kehidupan.

Program 'Preventing Outbreak at Ignition Site' atau POIS adalah sistem saringan yang tersusun untuk kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster serta perebakan wabak COVID-19. Syarikat-syarikat berperanan aktif melaksanakan inisiatif saringan ini dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).

Program Vaksin Selangor (SelVAX) pula merupakan program penawaran vaksin COVID-19 untuk syarikat-syarikat yang berminat memastikan imuniti kelompok di kalangan para pekerja. Majikan akan membeli dos vaksin untuk diberikan kepada para pekerja mereka dengan syarat tidak mengenakan sebarang kos.

Kedua-dua program utama ini adalah khusus untuk memanfaatkan industri ekonomi di Selangor. Ini sebahagian daripada usaha di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri untuk meminimakan penularan COVID-19 di tempat kerja.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.