Media

Terkini
24/5/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Jelajah JobCare ke Gombak Sabtu ini, 3,000 peluang kerja ditawar

SHAH ALAM, 22 MEI: Jelajah JobCare diteruskan ke Dewan Taman Gombak, Gombak pada 4 Jun depan.

Program yang menawarkan hampir 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Selangor itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

JobCare adalah usaha Kerajaan Negeri membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat Covid-19 memperoleh pekerjaan.

Pada masa sama, program yang disertai 15 syarikat tempatan pelbagai sektor diharap mampu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Jelajah kerjaya bermula di Dewan Hamzah, Klang pada 26 Februari lalu akan berakhir di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam pada 25 Jun.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Berikut adalah lokasi penganjuran Jelajah JobCare:

– Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
– Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)
– Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.