Inisiatif

Peristiwa
24/5/22
Isu
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: MBI belanja RM200,000 baik pulih kemudahan sekolah

KUALA LANGAT,23 MEI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membelanjakan RM200,000 untuk program pembaikan pembangunan infrastruktur sekolah.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata lebih 25 buah sekolah menerima manfaat daripada jumlah yang dibelanjakan sehingga awal Mei ini.

“Setiap sekolah yang dibantu ini menerima bantuan antara RM5,000 hingga RM20,000. Antara permohonan bantuan diterima berkaitan pembaikan bumbung, kemudahan sukan dan penggantian meja kerusi kantin.

“Kita mempelawa setiap sekolah termasuk sekolah orang asli untuk memohon bantuan yang diperuntukkan ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau ditemui pada program agihan sumbangan biskut raya kepada guru dan murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol di sini, hari ini.

Pada tahun ini, MBI buat pertama kali melaksanakan program khusus melibatkan sekolah dan pelajar dengan memperuntukan sebanyak RM1 juta.

Peruntukan itu merangkumi RM500,000 untuk pembangunan infrastruktur sekolah dan RM500,000 untuk program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.