Media

COVID-19
16/12/21
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: 5,000 individu sudah terima suntikan dos penggalak SelVAX

PUCHONG - Seramai 5,000 rakyat Selangor sudah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara percuma di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX) Booster sehingga Rabu.


Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, menerusi program sama, seramai 33,000 individu juga sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan tersebut sehingga Selasa.

"Kita sudah bermula di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang melaksanakannya dengan jumlah boleh mencapai 1,000 dos satu hari dan setakat Rabu, yang sudah menerima dos penggalak adalah seramai 5,000 orang," katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang ditemui pada Majlis Perasmian Program Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor di Dewan Serbaguna Kampung Sri Aman, Jalan Aman, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS), Siti Kamariah Ahmad Subki dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin dan isteri, Datin Wira Dr Siti Hawa Mohamad.

Bermula 8 Disember, kerajaan Selangor menyediakan sebanyak 157,000 dos penggalak bagi vaksin Covid-19 secara percuma di bawah Program SelVAX Booster.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, penduduk Selangor berumur 18 tahun ke atas lengkap menerima dua dos vaksin, boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir terus (walk-in) ke klinik SelCare berhampiran.

Menurutnya, senarai klinik Selcare bagi program ini boleh didapati di laman web https://selcareclinic.com/our-clinic/ atau melalui aplikasi SELangkah malah orang ramai juga digalakkan mendaftar terlebih dahulu di laman web berkenaan.



Dalam pada itu, Siti Mariah turut memaklumkan, tiada masalah bagi rakyat Selangor untuk mendapatkan suntikan dos penggalak bagi vaksin Covid-19 menerusi program tersebut walaupun mereka berada di kawasan luar bandar.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.