Suara

COVID-19
22/7/21
Isu
Selangor

Sinar Harian: 725,000 individu di Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM - Seramai 725,000 individu meliputi 15.27 peratus direkodkan telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 di Selangor.
Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kemas kini di laman Facebook pada Rabu.

Menurut Amirudin, Selangor juga mencatatkan pemberian sebanyak 2.95 juta dos vaksin Covid-19 bagi tempoh sehingga Rabu.
"Program Vaksin Selangor (SelVAX) juga merekodkan tambahan apabila sebanyak 89,867 dos telah disuntik buat penduduk negeri ini," katanya.

Sebelum ini, Selangor merekodkan kadar pemberian vaksin tertinggi berbanding negeri lain menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 2.3 juta dos pada Khamis lepas.

SelVAX yang menjadi pelengkap kepada pelaksanaan PICK juga turut merekodkan pemberian sebanyak 57,339 dos sehingga Rabu lepas.

Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.