措施

COVID-19
24/6/21
Isu
Selangor
Negara
STFC19

Sinar Harian: Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memutuskan untuk menukarkan status Hospital Ampang kepada Hospital Full Covid-19 berkuat kuasa pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, penukaran status berkenaan adalah berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.

Beliau berkata, situasi yang berlaku ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital Zon Wilayah Tengah adalah melebihi kadar maksimum.


"Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 juga menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status berkenaan yang dikeluarkan pada Rabu.

Sebelum ini, Hospital Ampang diletakkan di bawah status Hospital Hybrid Covid-19 bagi membantu JKNS menangani penularan Covid-19.

Dalam pada itu, Sha'ari berkata, buat masa ini terdapat dua hospital yang beroperasi sebagai Hospital Full Covid-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

Katanya, berikutan itu, semua rujukan pesakit Non Covid-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang juga perlu dihentikan buat sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada hospital ini menerima pesakit Covid-19.

"JKNS juga memohon kerjasama pihak Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit Non Covid-19 sedia ada daripada hospital berkenaan agar rawatan mereka dapat diteruskan," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.