Media

Terkini
27/1/22
Isu
Air
Selangor

Sinar Harian: Insiden paip pecah: SPAN mula siasat di bawah Akta 655

SHAH ALAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 122, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) susulan insiden paip pecah di Seksyen 15 yang berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga, pada Selasa.


SPAN dalam satu kenyataan berkata, di bawah peruntukan Seksyen 122 (1)(a), Akta 655, tiada seorang pun dengan sengaja, cuai atau melulu merosakkan apa-apa paip, saluran, kelengkapan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana sistem bekalan air awam.


“Jika seseorang itu disabit kesalahan di bawah peruntukan ini, akan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


“Selain itu, dikehendaki membayar pampasan bagi kerosakan tersebut jika disabit kesalahan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Mengulas lanjut SPAN berkata, berdasarkan rekod Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), terdapat 127 kes berkaitan paip pecah yang berpunca dari aktiviti atau tindakan pihak ketiga sepanjang tahun lepas.

Justeru, SPAN telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, bermula Rabu jam 3 petang dan dijangka siap pada Khamis jam 3 pagi.

“Air Selangor juga telah mengerakkan lori-lori tangki bagi membekalkan bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“SPAN akan memantau secara rapi terhadap kerja-kerja pembaikan ke atas paip-paip tersebut bagi memastikan bekalan air pulih dengan segera,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.