Media

Peristiwa
21/1/22
Sidang
Selangor

Sinar Harian: Sultan Selangor perkenan pembukaan DUN Selangor pada 14 Mac depan

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Ke-14, 2022 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.


Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pembukaan sidang DUN kali ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat.

“Persidangan kali ini dilaksanakan seperti yang dijadualkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor untuk istiadat pembukaan. Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan baginda yang akan menyentuh berhubung insiden banjir baru-baru ini dan lain-lain isu.


"Pertanyaan lisan dan bertulis juga kita jangka perkara ini yang akan (banyak) dibangkitkan (isu banjir). Itu mungkin antara agenda utama akan dibahaskan oleh ahli dewan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya adakah sidang DUN Khas untuk membincangkan isu banjir akan diadakan, Suee Lim berkata, beliau setakat ini belum menerima usul berhubung pelaksanaan sidang itu daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Jadi kita mungkin akan teruskan kepada istiadat pembukaan bulan Mac ini seperti yang dijadualkan. Mungkin tidak ada (sidang DUN Khas),” katanya. - Bernama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.