措施

COVID-19
28/7/21
Isu
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Sultan Selangor sumbang beras kepada orang asli

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey, di sini.


Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook pada Selasa memaklumkan sumbangan baginda itu diagihkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kepada Tok Batin Daiman.

Menurut kenyataan itu, Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan tablet, kad SIM dan desktop kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah yang sangat terkesan dengan pembelajaran dalam talian sejak tahun lalu.


"Kebanyakan pelajar tercicir kerana tidak mempunyai peranti di rumah dan jaringan internet yang stabil.

"Sumbangan disampaikan secara ringkas yang dikendalikan oleh Selangor Youth Community (SAY) bagi memastikan semua yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19," kata kenyataan itu.

Seterusnya
#KITASELANGOR
立即注册,将最新信息直接发送到您的电子邮件
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.